Thursday 18 December 2014

Malam..
kelam dan sunyi
tanpa bintang berkedip
apatah lagi bulan menyinar..

Monday 1 December 2014

Hari ni.. 1.12.2014

masih terkenang rakan- rakan ajk pengerak kesatuan negeri Pahang. suka, duka.. bergerak bersama yang lain untuk menjayakan mesyyuarat agung kali pertama

Belajarlah untuk :
1.Menghormati hak Orang lain.. 
"peti ais 4 pintu.. ".. roti abis di sapu dek orang lain, muka kak ti muncung x abis hihihi, bagaimana rasanya kan melahap sesuatu yang bukan kepunyaan kita tanpa izin sehingga habis.. ayat untuk buat k.ti tenang.. sabo kak ti sabo.. nanti hilang comel

2.Menepati Masa..
apakah masyarakat melayu kita masih sinonim dgn kata " janji melayu".. janji pukul 8, pukul 10 belum nampak muka.. jadinya.. kami angkat kaki, membuang segala stress yang ada.. tlompat riang di gelanggang bowling

3. Menghormati sensitiviti orang lain
dalam berkata-kata, lihat, dengan siapa kita bercakap, bukan ikut hati je nak cakap.. hati yang dah terusik akan terus ada kesannya

4.Bekerjasama
"berat sama di pikul, ringan sama di jinjing.. saya puji ajk pahang.. walau dah di beri tugasan masing-masing dalam group masing-masing tapi kami tetap bersatu menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. tidak ada istilah.. awak punya kerja, awak selesaikan sendiri.. Tahniah :)


Wednesday 15 October 2014

Lewat malam ini, saya terkenangkan apa yang berlaku seharian..

              Sampai ke tempat kerja agak lewat hari ni, sama dengan deringan loceng masuk kelas jam 7.30.. naik ofis, tulis nama.. mujur belum di garis.. kalau tidak.. duduk bawah garisan lah nama saya hari ni :P, sesuatu yang saya cukup tidak gemar.
             
              Masuk kelas.. rutin pagi, morning call yang akan buat saya tersenyum. sedang menguntum senyum , si rafique datang mengadu.. anak syurga dah buat hal pagi-pagi.. Ya Allah.. di hati berdoa dan berharap moga saya dapat bersabar dengan kerenah nya hari ni, pagi2 dah tendang kawan.. anak oh anak. bertuahnya hidup mu, kelas berjalan seperti biasa




              Petang setiba di rumah.. terasa mengantuk, baring sekejap sebelum terlayar.. haha.. hari ni sempat bermimpi, mengigau pulak lagi.. aduyai, sewajarnya tidur petang tu saya elakkan, mujurlah telah ada yang memahami, bila tiba-tiba dapat mesej begitu, kalau yang lain pasti pelik, tapi dia.. dengan sabar melayan kerenah cinta hatinya.

             Satu benda yang berlaku hari ni.. dari pagi hingga ke malam ni saya di ganggu dengan panggilan, tokey kedai perabot dari Pekan, Pahang yang mendakwa, si polan b. si polan dah bagi nombor telefon saya untuk di hubungi. Si Polan, berhutang rm 8 k.. satu jumlah yang besar tu.. banyak pulak soal si pakistan ni, naik muak melayan, saya katakan, kalau tak faham juga dan masih menganggu, saya akan ambil tindakan

           Jam 6 petang, ada pengumuman dari orang kesihatan, nak buat foging, sebelum saya lemas bak nyamuk-nyamuk dan tikus liar, baik saya bawa diri mencari udara segar.. pastinya balik ke rumah mak :),
          
          Pukul 8 balik dari rumah mak.. buat itu ini.. urusan yang tak pernah selesai, dan sekarang saya sedang mencoret apa yang berlaku hari ini..
ini lah kisah dan cerita yang berlaku hari ini, untuk di kongsi bersama... sesuatu yang ingin saya tekankan hari ini ; "HARGAI APA YANG WUJUD SEPANJANG KEWUJUDAN MU"

Saturday 16 August 2014

Lamanya ja meninggalkan blog... bersawang last post feb. huhhh teruk nya.. tq pd yg masih sudi menjengah walaupun lama tak berisi.. kosong ..

ja seronok bercerita tentang apa yang berlaku pada diri, apa yang berlaku di sekeliling. mana tau ada pengajaran yang boleh dapat.

apa cerita selepas ni?.. sama2 cari..

Saturday 1 February 2014

Apa cerita nak kongsi hari ni?

:), hidup akan tetap berlangsung walau apa pun yg jadi kan?.. tidak terhenti walau sedetik kecuali yang telah di tarik nafas nya

begitu juga saya.. apa pun yang datang.. senyum, sebab saya suka tersenyum, meskipun kadangkala saya senyum dalam seribu kepayahan. Senyum itu satu sedekah. Semoga ada yang terasa senang hati bila melihat saya tersenyum..
oh ya.. satu benda nn cerita..semalam ketika berada dalam kereta seorang teman rapat.. sedang asyik berceloteh, tiba2 terdengar lagu "WANITA" dendangan salamiah hassan, best lirik nya... sesungguhnya wanita itu sangat unik ciptaannya.. lembut dan tenang tapi.. sagat sukar di jangka .. jom.. sama2 dengar dan hayati bait-bait lirik nya

https://www.youtube.com/watch?v=ifWpfPiRShg

Thursday 30 January 2014

Adalah betul bila di kata.. hidup ni ibarat roda yang bulat tu.. sebelum ni.. malahan semalam saya dengar cerita itu.. hari ini sekelip mata ia terjadi pada diri sendiri
setiap yang berlaku ada hikmah nya kan.. 



Tuesday 28 January 2014

Langkah hidup seringkali seolah berada atas kerikil tajam..
tersalah pijak, maka menjadi mangsa penyokong langkah yang cukup berjasa
Namun, walau berapa kali tertusuk.. selagi belum sampai waktu.. hidup terus berlangsung,  dengan iringan kerikil-kerikil, yg membuat hati gundah kadangkala nya..